EN. M. ROSLAN BIN ABDUL RAHMAN

Wednesday, May 16, 2012

GAMBAR KENANGAN BERSAMA SMK PERAMU JAYA












Posted by Norazila at 2:20 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Home
Subscribe to: Comments (Atom)

BAK AIR YANG MENGALIR

Bak air yang mengalir.
Tiba jua kiranya di muara waktu,
Perpisahan mengimbau makna sebuah rindu,
Pada jejak-jejak yang lalu, seribu liku!

Berdiri melihat denai-denai kenangan,
Berbunga mesra dalam jambangan ingatan,
Barangkali terdengar nanti,
Suara bisikan melankolia,
Ucap salam anak-anak remaja,
Tegur sapa, senyum tawa, rakan sekerja.

Tiba waktunya untuk menyusun jemari,
Membuang segala kerikil bersalut di hati,
yang terkhilaf dimaafi,

yang sesal diinsafi,

yang lebih dibahagi,

yang kurang dilengkapi,

Agar saat perpisahan ini indah,

Terlerai segala durja gundah,

Tersirna cebisan amarah,

Terurai segala yang bercanggah.

Bak air yang mengalir,

Tiba juga kiranya di muara waktu,

Pasti tersisa kenangan yang terindah,

Berhias luka tidak berdarah,

Kesementaraan waktu mengutus seribu bumbu,

Kerana sekali dipanggil guru,

selamanya pun bergelar guru.

Selamat tinggal seribu kerenah,

Datang dan pergi pelbagai wajah,

Bercampur gembira bersisip gundah,

Bergema didikan beralas madah,

Selamat tinggal sebuah tempat bernama sekolah!

Bak air yang mengalir,
Tiba juga kiranya di muara waktu,
Di sini kami pasti merindu,
hakikat seorang individu,
Jelinglah kami jika rindu masih bertamu,
Sapalah kami andai mesra akrab berpadu!

Bak air yang mengalir,
Sampai di sini kenangan indah pasti terukir!

Blog Archive

  • ▼  2012 (1)
    • ▼  May (1)
      • GAMBAR KENANGAN BERSAMA SMK PERAMU JAYA

About Me

My photo
Norazila
Blog ini dibangunkan oleh Panitia ICTL sebagai satu usaha panitia menerokai dan menambahluaskan pengalaman dalam bidang ICT. Kami akan cuba memperbaiki dan mempertingkatkan mutu persembahan dari masa ke masa. Semoga sumbangan yang tidak seberapa ini dapat memajukan bidang ICT di SMK PERAMU JAYA. Teguran dan kritikan amat dialu-alukan dan kami hargai. Sekian, Terima kasih.
View my complete profile
Picture Window theme. Powered by Blogger.